Bagi kelas 5 EK1 dan 5 EN1, kelas tambahan PASTI A telah diadakan pada 24 Julai 2008 dari jam 8.30 hingga 10.30 malam. Alhamdulillah, semua pelajar telah berjaya menghadirkan diri. Semua pelajar nampak bersemangat nak belajar di waktu malam. Semua latihan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang... Diharapkan semua pelajar ini dapat memperoleh A untuk Kertas Sains SPM 2008. Semangat ini perlu diteruskan dalam kelas waktu P&P dan pada kelas-kelas tambahan yang seterusnya nanti. Ada yang dah minta nak buat kelas tambahan yang seterusnya... InsyaAllah... masa perlu dirundingkan...
No comments:
Post a Comment