Thursday, August 28, 2008

PERDANA MENTERI MALAYSIA....

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau digelar Bapa Kemerdekaan kerana berjaya berunding dengan pihak British bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.


Tunku Abdul Razak b Hussein. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Digelar sebagai Bapa Perpaduan kerana cara pentadbirannya yang memberi kesenangan kepada semua kaum.


Tun Hussein Onn.Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Digelar Bapa Pembangunan kerana mula merancang pembangunan untuk Malaysia.



Tun Mahathir Mohamad. Beliau merupakan Perdana Menteri keempat Malaysia. Digelar sebagai Bapa Pemodenan kerana mempunyai pelbagai perancangan dalam membangunkan dan memodenkan Malaysia.




Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia kelima. Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.












LIRIK LAGU:PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
c/oBersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Kemerdekaan Malaysia ke 51


After independence in 1957, Kuala Lumpur was the capital of the Federation of Malaya and continued to be the capital of the renamed Federation of Malaysia in 1963. For the occasion of independence, A large stadium, Stadium Merdeka (Independence Stadium), was built, where Malaysia's first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, declared Malaya's independence in front of a massive crowd. The Union Jack was lowered from the flagpole at the Padang (now known as Dataran Merdeka; Independence Square) and the Malayan flag was raised. The Padang symbolized British sovereignty as it was a cricket ground for the colonial administrators and fronted the Royal Selangor Club, Malaya's most exclusive Whites-Only club. In 1974 Kuala Lumpur seceded from Selangor and the city became a Federal Territory (Wilayah Persekutuan).

Reference:

Monday, August 25, 2008

Program ELIT 2008

Program ELIT untuk pelajar-pelajar yang berpotensi mendapat skor sempurna A. Bagi matapelajaran Sains kelas ELIT diadakan pada hari Sabtu,23 Ogos 2008. Tahniah kepada pelajar yang terlibat. Good Luck...

Saturday, August 23, 2008

Cuti Pertengahan Penggal 2

Cuti pertengahan penggal 2 sedang dinikmati oleh semua pelajar sehingga esok, 24 Ogos 2008. Harap-harap semua pelajar mengambil kesempatan untuk mengulangkaji pelajaran memandangkan Peperiksaan Percubaab SPM 2 minggu lagi dan SPM seebenar 'just around the corner'... Jaga keselamatan dan kesihatan diri.. jangan lupa minta restu ibu dan bapa...

Teknik Menjawab Sains SPM 2008

Teknik menjawab kertas peperiksaan Sains SPM telah diadakan pada 14 Ogos 2008 bertempat di Dewan SMTSM. Program ini dibawah perancangan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMTSM bersama-sama Panitia Sains SMTSM. Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan penceramah dari luar pihak panitia telah mengambil keputusan menggunakan khidmat guru matapelajaran untuk memberikan bimbingan. Memandangkan 2 orang guru Sains menghadiri kursus termasuklah ketua panitia, Pn hjh Salmah dan Pn Marini, En Wan Yusaini, guru yang sangat berpengalaman pula sibuk dengan urusan pelajar, maka terpaksalah saya sendiri memberi bimbingan cara menjawab kertas 2. Bimbingan difokuskan kepada soalan no. 11(b) dan 12 (b), Penyelesaian Masalah. Semoga pelajar telah mendapat sedikit maklumat daripada program ini. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Mohon maaf atas kelemahan yang ada sepanjang program berlangsung.

Tuesday, August 12, 2008

Majlis Graduasi 2008


Pelajar-pelajar harapan sekolah...

Pelajar-pelajar 5 EK2...

Majlis Graduasi 2008

Wajah-wajah ayu pelajar perempuan Tingkatan 5 SMTSM...
Adikku muda remaja... Awasi bila melangkah.... Wajah manis bak gula... Tentu ramai yang tergoda....
Adik kan ambil periksa... Jangan biarkan masa anda berlalu....
Jangan lupa study.... Ingat pengorbanan ibu dan bapa... juga guru-guru...
Pemuda harapan Bangsa, Pemudi tiang negara....


Monday, August 11, 2008

Raptai Majlis Graduasi







Raptai Majlis Graduasi Tingkatan 5 2008... Diadakan pada hari Rabu dan Khamis lepas... 6 dan 7 Ogos.. Para pelajar telah memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih diucapkan.. Semoga majlis ini memberi semangat baru kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMTSM dalam menyiapkan diri menghadapi peperiksaan yang mendatang...

Friday, August 8, 2008

Kelas Tambahan 5 EN1





Kelas Tambahan bagi kelas 5 EN1 telah diadakan pada Selasa, 5 ogos 2008. 4 orang pelajar tak hadir. Vinod, Zainal, Syazwani dan Fatin.. Entahle kenapa tak hadir. Fatin je ada alasan. Semoga pelajar ini ada sebab yang penting selain dari kelas tambahan ini. Kalau tak susah cikgu nak tolong... Yang lain tahniah.. Thanks for coming... I always pray for your success...

100% lulus Sains SPM

Hebat juga la Panitia Sains SMTSM ni..(kalau tak puji sendiri sape nak puji..). 9 tahun dapat 100% lulus. 7 tahun berturut-turut bermula 2001. Semua berkat usaha gigih guru dan semua pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia.. harap-harap tahun ini keputusan 100% dapat dikekalkan dan kuantiti yang cemerlang bertambah. Risau juga Pn Rosmawati dah takde kat sini.. Tapi masih ada En Wan Yusaini, guru yang banyak pengalaman. Semoga Panitia Sains SMTSM akan terus success...

Analisis Sains SPM

Ni adalah pencapaian Panitia Sains SMTSM 3 tahun berturut-turut.... 100% lulus dah 9 tahun. 7 tahun berturut-turut dari 2001. Jasa guru-guru dan semua bekas guru Sains SMTSM terutama bekas Ketua Panitia, Pn Rosmawati Mansor yang telah berpindah ke SMT Matang, Kuching pada Jun 2008. Pn Rosmawati adalah guru yang berdedikasi dan penyanyang pada murid-murid dia... Semua guru dan pelajar dia rindu kat dia... Ingat lagi ke kenangan manis bersama 5 EK3??

Tuesday, August 5, 2008

Let's Learn about VARIATION...

Chromosome..... DNA..... Gene.....
Study and Understand the term carefully !!!


Let's Learn about VARIATION...

Variation enables us to recognise individuals in a group of the same species. Your classmates can recognise you because you are different from the other members in the class. We say that there is variation among the members in the class.

Monday, August 4, 2008

TAKLIMAT POST MORTEM SAINS NEGERI PERAK

Taklimat Post Mortem Matapelajaran Sains 2008 talah diadakan di Auditorium INTIM, Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh pada 31 Julai 2008.
Tujuan utama taklimat ini adalah bertujuan berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar guru-guru dalam melahirkan murid-murid cemerlang. Guru-guru yang memberi taklimat ialah guru-guru yang pencapaian 30% cemerlang Sains SPM (dapat 1A dan 2A).
Tapi tak semua yang dapat 100% lulus..