Saturday, August 23, 2008

Teknik Menjawab Sains SPM 2008

Teknik menjawab kertas peperiksaan Sains SPM telah diadakan pada 14 Ogos 2008 bertempat di Dewan SMTSM. Program ini dibawah perancangan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMTSM bersama-sama Panitia Sains SMTSM. Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan penceramah dari luar pihak panitia telah mengambil keputusan menggunakan khidmat guru matapelajaran untuk memberikan bimbingan. Memandangkan 2 orang guru Sains menghadiri kursus termasuklah ketua panitia, Pn hjh Salmah dan Pn Marini, En Wan Yusaini, guru yang sangat berpengalaman pula sibuk dengan urusan pelajar, maka terpaksalah saya sendiri memberi bimbingan cara menjawab kertas 2. Bimbingan difokuskan kepada soalan no. 11(b) dan 12 (b), Penyelesaian Masalah. Semoga pelajar telah mendapat sedikit maklumat daripada program ini. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Mohon maaf atas kelemahan yang ada sepanjang program berlangsung.

No comments: