Monday, May 24, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010...

Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun kepada semua pelajar SM Vokasional Seri Manjung... Kepada semua guru, selamat mengawas peperiksaan dan selamat menanda....

Peperiksaan adalah sebagai tanda aras, bagi menyukat sejauh mana penguasaan pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan guru.... Input yang diberi guru semasa dalam kelas, sepanjang sesi pembelajaran mahupun kelas tambahan serta usaha pelajar dalam mengulangkaji akan diterjemahkan dalam bentuk markah yang bakal diperoleh nanti....

Diharapkan semua belajar bersedia sebelum menduduki peperiksaan kerana tidak akan bermakna peperiksaan itu tanpa usaha yang bersungguh-sungguh... Jika sikap sambil lewa dalam menduduki peperiksaan diamalkan nescaya anda juga yang akan rugi....

Bersamalah kita mencipta kecemerlangan.... Usaha tangga kejayaan....

Wednesday, May 5, 2010

Wajah suka duka, 5 ve 6 yang cikgu sayang....

Disebabkan beberapa perubahan besar yg terpaksa dilakukan berikutan perpindahan cikgu ishak, kelas 5 ve6 cikgu dah tak dapat ajar... berbelah bahagi perasaan seorang guru nak melepaskan kelas tersayang ini...
Semoga para pelajar 5ve6 akan teruskan niat dan usaha mereka dalam mengejar cita2 yang diimpikan... walaupun tak ngajar korang, cikgu still akan ambil berat hal kalian...
Layan je gambar-gambar ni.... sekadar kenangan...........






TERIMA KASIH CIKGU ISHAK...

Jamuan perpisahan yang dianjurkan oleh Bidang Sains & Matematik sempena perpindahan cikgu Ishak, guru cemerlang fizik...


Saturday, May 1, 2010

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2010

20- 23 APRIL yang lalu berlangsungnya minggu sains dan matematik peringkat sm vokasional seri manjung... so antara aktiviti yg diadakan ialah tressure hunt... aktiviti ini adalah anjuran panitia Sains dan panitia Matematik....
terima kasih kepada semua pelajar yg terlibat...

tahniah kepada pemenang....



terima kasih juga kepada semua guru2 yg terlibat...

terima ksih kepada miss cheah kerana sudi ambil gambar sepanjang aktiviti ini berlangsung....
rujukan gambar: http://vokasmatoday.blogspot.com