Monday, October 18, 2010

35 hari menjelang SPM....


7 tips menjelang peperiksaan .....

  1. Bayangkan imej kejayaan..... sentiasa bayangkan apabila keputusan SPM 2010 diumumkan, keputusan yg tercatat di slip keputusan anda ialah 8A. Bukan sesuatu yg mustahil, tapi itulah permulaan ke arah menjadikan ianya realiti. Gunakan kuasa minda anda. You're what you think you're....
  2. Bersahabat dgn org yg berfikiran positif..... apabila anda mampu berfikiran positif untuk mencapai 8A anda memerlukan persekitaran yg positif, jika tidak anda tidak mampu mempertahankan fikiran positif anda itu... Jangan biarkan sikap-sikap negatif mengambil alih fikiran anda!!!
  3. Jauhi sahabat yg berfikiran negatif.... sahabat yg mempunyai sikap-sikap seperti malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak pentingkan pelajaran wajib dijauihi... Jangan salah faham, jauh bukan bermaksud putus sahabat!!!
  4. Fokus semasa belajar... berikan tumpuan sepenuhnya pada apa yg diulangkaji atau latihan yg dibuat... Kuasai topik kecil, kemudian yg besar... jgn tergopoh gapah dalam memahami suatu tajuk atau konsep, itu akan menyebabkan anda stress...
  5. Lakonkan watak kejayaan... sentiasa rakamkan dalam minda anda bahawa anda adalah seorang pelajar pintar yg akan mendapat 8A dalam peperiksaan SPM 2010... jadi segala perlakuan anda akan terdorong mengikut cara pelajar pintar duduk, makan, berjalan dan sebagainya... baru ada jiwa cemerlang...
  6. Kurangkan tekanan perasaan.... ramai remaja yg mengalami tekana perasaan tetapi tidak menyedarinya... tanda2 awal ialah konflik dengan ibu bapa, guru, rakan dan jiwanya kacau.... senaraikan semua perkara yang membelenggu minda anda... jumpalah orang yg anda percayai dan mampu membimbing anda... sentiasa ingatkan diri bahawa setiap ujian dan dugaan akan menjadikan anda lebih matang dan lebih hebat!!!
  7. Berdoa... sebagai seorang beragama, kita ada senjata yg sangat hebat yang perlu dugakan sepenuhnya... dengan berdoa, kita memohon kejayaan itu dari yg Maha Pemberi... Ikhlaskan hati dalam berdoa, dengan penuh mengharap agar kejayaan 8A itu adalah milik kita... InsyaAllah... Berusaha dan Bertawakallah kepada ALLAH SWT....

Monday, October 4, 2010

KERTAS SOALAN APPLIED SCIENE SPM 2010.

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENUKAR SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN APPLIED SCIENCE SPM, BOLEHLAH MENINGGALKAN NAMA DAN ALAMAT DI BAHAGIAN KOMEN ATAU CHAT BOX UNTUK SAYA HUBUNGI...

SOALAN YG KAMI ADA IALAH SOALAN PERCUBAAN ZON UTARA...

KERJASAMA ANDA, KHUSUSNYA GURU-GURU APPLIED SCIENCE AMATLAH DIHARGAI...