Monday, July 28, 2008

Program PASTI A...sesi 1

Program PASTI A bagi kelas 5 EK2 dan 5 EN2 telah diadakan dengan jayanya pada Selasa, 22 Julai 2008, jam 3.30 petang hingga 5.30 petang. 5 orang daripada pelajar kelas 5 EK2 manakala 8 orang pelajar daripada kelas 5 EN2 tidak hadir.Program yang sama juga telah diadakan bagi kelas 5 EK1 dan 5 EN1 pada hari yang sama pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Semua pelajar tingkatan 5 EN1 hadir, tahniah diucapkan. Manakala seorang pelajar dari kelas 5 EK1 tidak hadir.Tahniah kepada semua pelajar yang telah hadir yang telah memberikan komitmen yang memberangsangkan dan berinisiatif untuk berjaya.... Cikgu doakan kalian akan memperoleh A untuk matapelajaran Sains SPM 2008. Kepada pelajar yang tidak hadir, anda telah terlepas satu peluang yang tidak ternilai harganya.... Kita bertemu lagi dalam slot yang kedua nanti... Khamis, 24 Julai 2008. Semoga kalian dapat meluangkan sedetik waktu untuk kejayaan sepanjang hayat...

No comments: