Monday, July 28, 2008

Program PASTI A...sesi 2




Pada 24 Julai 2008, kelas tambahan PASTI A sesi ke 2 telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada semua pelajar yang telah berjaya menghadirkan diri pada kelas tersebut. Bagi kelas 5 EK 2, kelas diadakan pada waktu petang jam 3.30 hingga 5.30 petang. Namun begitu, masih ada segelintir pelajar iaitu seramai 5 orang pelajar tidak hadir... bila ditanya kenapa tak hadir? Jawabnya tertidur...macam mana nak berjaya dapat A ni? Susah betul nak tolong, takkan nak kena kejut kat dorm.. Kepada pelajar yang hadir, tahniah diucapkan. Ada banyak perubahan yang cikgu dapat lihat... Sekurang-kurangnya ada usaha nak jawab soalan latihan yang diberikan...

No comments: