Wednesday, July 30, 2008

WHY THE SKY BLUE?



The blue color of the sky is due to Rayleigh scattering. As light moves through the atmosphere, most of the longer wavelengths pass straight through. Little of the red, orange and yellow light is affected by the air.
However, much of the shorter wavelength light is absorbed by the gas molecules. The absorbed blue light is then radiated in different directions. It gets scattered all around the sky. Whichever direction you look, some of this scattered blue light reaches you. Since you see the blue light from everywhere overhead, the sky looks blue.

Tuesday, July 29, 2008

Form 5 takde P&P lak...

Semua pelajar tingkatan 5 terlibat dengan Program Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM. Program ini sempena minggu Bahasa Melayu. Tak dapat ulangkaji la hari ni...

Monday, July 28, 2008

Program PASTI A...sesi 2

Bagi kelas 5 EK1 dan 5 EN1, kelas tambahan PASTI A telah diadakan pada 24 Julai 2008 dari jam 8.30 hingga 10.30 malam. Alhamdulillah, semua pelajar telah berjaya menghadirkan diri. Semua pelajar nampak bersemangat nak belajar di waktu malam. Semua latihan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang... Diharapkan semua pelajar ini dapat memperoleh A untuk Kertas Sains SPM 2008. Semangat ini perlu diteruskan dalam kelas waktu P&P dan pada kelas-kelas tambahan yang seterusnya nanti. Ada yang dah minta nak buat kelas tambahan yang seterusnya... InsyaAllah... masa perlu dirundingkan...

Program PASTI A...sesi 2




Pada 24 Julai 2008, kelas tambahan PASTI A sesi ke 2 telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada semua pelajar yang telah berjaya menghadirkan diri pada kelas tersebut. Bagi kelas 5 EK 2, kelas diadakan pada waktu petang jam 3.30 hingga 5.30 petang. Namun begitu, masih ada segelintir pelajar iaitu seramai 5 orang pelajar tidak hadir... bila ditanya kenapa tak hadir? Jawabnya tertidur...macam mana nak berjaya dapat A ni? Susah betul nak tolong, takkan nak kena kejut kat dorm.. Kepada pelajar yang hadir, tahniah diucapkan. Ada banyak perubahan yang cikgu dapat lihat... Sekurang-kurangnya ada usaha nak jawab soalan latihan yang diberikan...

Revison for SPM...

Bagi kelas tingkatan 5 waktu P&P diisikan dengan ulangkaji topik tingkatan 4.Perbincangan tentang isi-isi penting bagi setiap bab, latihan soalan SPM yang pernah disoal.. Pelajar boleh skor A kalau mereka benar-benar mengikuti sesi ulangkaji yang disediakan guru... Good Luck...

Program PASTI A...sesi 1

Program PASTI A bagi kelas 5 EK2 dan 5 EN2 telah diadakan dengan jayanya pada Selasa, 22 Julai 2008, jam 3.30 petang hingga 5.30 petang. 5 orang daripada pelajar kelas 5 EK2 manakala 8 orang pelajar daripada kelas 5 EN2 tidak hadir.Program yang sama juga telah diadakan bagi kelas 5 EK1 dan 5 EN1 pada hari yang sama pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Semua pelajar tingkatan 5 EN1 hadir, tahniah diucapkan. Manakala seorang pelajar dari kelas 5 EK1 tidak hadir.Tahniah kepada semua pelajar yang telah hadir yang telah memberikan komitmen yang memberangsangkan dan berinisiatif untuk berjaya.... Cikgu doakan kalian akan memperoleh A untuk matapelajaran Sains SPM 2008. Kepada pelajar yang tidak hadir, anda telah terlepas satu peluang yang tidak ternilai harganya.... Kita bertemu lagi dalam slot yang kedua nanti... Khamis, 24 Julai 2008. Semoga kalian dapat meluangkan sedetik waktu untuk kejayaan sepanjang hayat...

Matapelajaran yg diajar...

Bagi tingkatan 5, matapelajaran Science diajar bagi semua kelas aliran Vokasional Elektrik dan Elektronik. Bagi tingkatan 4, matapelajaran Science diajar bagi kelas aliran Pengajian Komputer manakala matapelajaran Applied Science diajar bagi kelas aliran Vokasional Elektrik & Elektronik (VE)...

Panitia Sains SMTSM

Panitia Sains SMTSM didokong oleh empat orang guru yang berdedikasi tinggi. Diketuai oleh Ketua Panitia, Pn Hjh. Salmah binti Abu Sidek, En Wan Yusaini bin Wan Hassan (Penolong Kanan HEM), Pn Noor Azreen binti Aridi dan Pn Marini binti Mahmud. Bagi membantu menguruskan makmal, En Azhar bin Hamdan (Pambantu Am Rendah) ditempatkan di makmal sementara menanti kedatangan seorang pembantu makmal yang baru.