Wednesday, February 16, 2011

BENGKEL PEDAGOGI APPLIED SCIENCE 2011

Mata pelajaran Applied Science adalah mata pelajaran yang ditawarkan kepada semua pelajar MPAV bermula pada peperiksaan SPM 2009. Sehubungan dengan itu adalah wajar bagi Panitia Sains mengadakan satu bengkel pedagogi yang bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan perancangan dan pengurusan eksperimen serta memberi peluang kepada semua guru berkongsi idea ke arah menghasilkan aktiviti P&P yang berkesan.

OBJEKTIF :

1. Memberi pendedahan kepada semua guru berkaitan eksperimen dalam sukatan bagi mata pelajaran Applied Science tingkatan 4 dan 5.
2. Membimbing guru dalam merancang eksperimen bagi setiap modul.
3. Membimbing guru dalam menjalankan setiap eksperimen bagi mencapai objektifnya.
4. Memberi pendedahan kepada pembantu makmal berkaitan eksperimen yang perlu mereka sediakan sebagai pelengkap kepada P&P guru yang berkesan.


STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Program ini akan dibahagikan kepada 2 sesi, Bengkel Pedadogi 1 dan Bengkel Pedagogi 2 iaitu 3 jam bagi setiap sesi. Jumlah keseluruhan masa program ini ialah 6 jam.

2. Bengkel Pedagogi 1 akan membincangkan perancangan bagi menyediakan radas dan bahan bagi setiap eksperimen (3 jam).

3. Bengkel Pedagogi 2 akan memberi ruang guru melaksanakan eksperimen secara berkumpulan (3 jam).

4. Bengkel-bengkel tersebut akan diadakan seperti jadual yang berikut:

sesi 1: 16 februari (12 pm- 3 pm)
sesi 2: 23 februari (12 pm- 3 pm)

No comments: