Panitia Sains SMTSM 2010.... Seawal bulan Januari sehinggalah ke hari ini banyak urusan dan aktiviti yang telah diselesaikan. Sehingga tak sempat nak melaporkan dalam blog ini.
Bermula dengan Mesyuarat Guru, Mesyuarat Bidang Sains dan Matematik serta Mesyuarat Panitia Sains Pertama 2010.
Bengkel Pemantapan Pedagogi Applied Science juga telah berjaya dilaksanakan pada 22 dan 29 Januari 2010 dengan bantuan semua guru Panitia Sains, Pembantu Makmal serta bantuan khas daripada Guru Cemerlang Fizik, En Ishak bin Ismail. Semoga bengkel ini dapat membantu semua guru dalam menghasilkan P&P yang berkesan.
Panitia Sains juga berjaya menghasilkan module P&P yang banyak membatu guru dan pelajar dalam aktiviti P&P... Maklumat lanjut akan dimasukkan kemudian.
Terima kasih kepada semua guru Sains dan Applied Science dan juga semua pembantu makmal yang bertungkus lumus dalam membantu segala aktiviti Panitia Sains secara langsung mahupun secara tidak langsung.. Semoga 2010 adalah tahun yang membawa sinar kejayaan buat Panitia Sains secara khususnya dan secara amnya pada VOKASMA.....
No comments:
Post a Comment