Sunday, February 21, 2010

PERKEMBANGAN STAF KALI KE 2 TAHUN 2010

Tarikh: 20 Februari 2010 (Sabtu)
Tempat : Bilik Persidangan SMVSM
Penceramah: Tn Hj Mastor bin Ibrahim (Pengetua SMV Shah Alam)
Tajuk: SPK ISO 9001:2008

Penceramah sedang memberikan taklimat beliau dengan penuh bersemangat....

Pn Nor Hazlin dan Cik Siti Mariam antara guru-guru SMVSM yg tekun mendengar taklimat...

Termasuk juga Pn Norma dan Pn Nodiana... Semoga semua warga SMVSM mendapat banyak maklumat yang bermanfaat daripada aktiviti Perkembangan Staf II ini... Selepas ni dah kena siapkan fail Panitia lak... Good Luck Everyone....

Wednesday, February 17, 2010

2010 yang sangat sibuk...


Panitia Sains SMTSM 2010.... Seawal bulan Januari sehinggalah ke hari ini banyak urusan dan aktiviti yang telah diselesaikan. Sehingga tak sempat nak melaporkan dalam blog ini.
Bermula dengan Mesyuarat Guru, Mesyuarat Bidang Sains dan Matematik serta Mesyuarat Panitia Sains Pertama 2010.
Bengkel Pemantapan Pedagogi Applied Science juga telah berjaya dilaksanakan pada 22 dan 29 Januari 2010 dengan bantuan semua guru Panitia Sains, Pembantu Makmal serta bantuan khas daripada Guru Cemerlang Fizik, En Ishak bin Ismail. Semoga bengkel ini dapat membantu semua guru dalam menghasilkan P&P yang berkesan.
Panitia Sains juga berjaya menghasilkan module P&P yang banyak membatu guru dan pelajar dalam aktiviti P&P... Maklumat lanjut akan dimasukkan kemudian.
Terima kasih kepada semua guru Sains dan Applied Science dan juga semua pembantu makmal yang bertungkus lumus dalam membantu segala aktiviti Panitia Sains secara langsung mahupun secara tidak langsung.. Semoga 2010 adalah tahun yang membawa sinar kejayaan buat Panitia Sains secara khususnya dan secara amnya pada VOKASMA.....