Sunday, June 14, 2009

CUTI SEKOLAH DAH NAK HABIS...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT KEMBALI BERTUGAS!!

Setelah seminggu kita bercuti, tibalah masanya utk kita menyambung perjuangan ini.. perjuangan seorang guru, mendidik anak didiknya.. menyampaikan ilmu semata2 kerana Allah SWT... perjuangan seorang pelajar dalam menuntut ilmu... juga semata2 kerana Allah SWT.. inilah kunci sebuah kejayaan.. Bila tugas mengajar diikhlaskan semata2 sbg tuntutan ibadah... Bila tugas sebagai pelajar juga berlandaskan keikhlasan kepada Yang Esa... Maka dibukakan pintu kedua2 hati yg menyampaikan ilmu dan yg menerima ilmu... dgn adanya keterikatan hati ini maka mudahlah kedua2 proses ini berlangsung... tugas mengajar dan belajar... Bila hubungan ini diredhai Allah SWT, kejayaanlah habuan bersama...

Semoga semangat yg membara untuk mendidik anak bangsa dalam diri hamba Allah yg hina ini akan terus menyemarakkan rasa kasih dan sayang dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan Allah SWT... Allah akan sentiasa menguji hambanya semampu yg ditanggung oleh seseorang tersebut...

Semoga anak2 didikku akan kembali ke sekolah dgn perasaan yang gembira, tenang dan bersedia dgn hati yang ikhlas untuk menuntut ilmu di jalan yang diredhai Allah SWT...

No comments: