Tuesday, June 30, 2009

KARNIVAL SAINS DAERAH MANJUNG 2009.

Sempena Karnival Sains Peringkat Daerah Manjung 2009, yang berlangsung pada 20 hb Jun bertempat di SMK Batu 10, Lekir, saya terpilih menjadi Hakim Pertandingan Dapur Solar... Di atas tu adalah cenderahati yang diterima...
Pertandingan ini terbahagi kepada 2 bahagian yang utama, Powerpoint Presentation dan Amali... Gambar atas adalah salah satu persembahan yang dibuat oleh salah sebuah sekolah yang terlibat.. Pertandingan ini terbuka untuk Peringkat Menengah Rendah...
Ni aktiviti amali Dapur Solar... masak 500ml air... ambil perubahan suhu air (suhu akhir-suhu awal)... TAHNIAH kepada para pemenang... markah yang terlebih @ terkurang minta halal lah ye...
Ni lah wajah2 pelajar SMTSM yang mewakili sekolah dalam pertandingan kereta solar... TAHNIAH diucapkan kerana menjadi JOHAN...
Dalam MODULE 6: Energy Convertors (subjek Applied Science), berkaitan dgn pertandingan kereta solar ni.. selepas ni Yeop (5VE1) boleh la ganti cikgu ngajar kat kelas ye...
Tengah berbincang dgn tekun sekali.. rahsiah kerajaan ke, siap tutup2 lagi.. nak tau kenapa diorang ni tutup? Ni jawapannya....
Punya terlalu cekapnya rekaan diorang ni... siap kena lindung dari cahaya matahari lagi sbb asyik nak bergerak...
Ni bukti kejuaraan team kereta solar SMTSM.. TAHNIAH kepada semua pelajar yang terlibat dalam Pertandingan Kereta Solar dan Inovasi Sains yang telah berjaya merangkul gelaran JUARA!!!

Sunday, June 14, 2009

CUTI SEKOLAH DAH NAK HABIS...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT KEMBALI BERTUGAS!!

Setelah seminggu kita bercuti, tibalah masanya utk kita menyambung perjuangan ini.. perjuangan seorang guru, mendidik anak didiknya.. menyampaikan ilmu semata2 kerana Allah SWT... perjuangan seorang pelajar dalam menuntut ilmu... juga semata2 kerana Allah SWT.. inilah kunci sebuah kejayaan.. Bila tugas mengajar diikhlaskan semata2 sbg tuntutan ibadah... Bila tugas sebagai pelajar juga berlandaskan keikhlasan kepada Yang Esa... Maka dibukakan pintu kedua2 hati yg menyampaikan ilmu dan yg menerima ilmu... dgn adanya keterikatan hati ini maka mudahlah kedua2 proses ini berlangsung... tugas mengajar dan belajar... Bila hubungan ini diredhai Allah SWT, kejayaanlah habuan bersama...

Semoga semangat yg membara untuk mendidik anak bangsa dalam diri hamba Allah yg hina ini akan terus menyemarakkan rasa kasih dan sayang dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan Allah SWT... Allah akan sentiasa menguji hambanya semampu yg ditanggung oleh seseorang tersebut...

Semoga anak2 didikku akan kembali ke sekolah dgn perasaan yang gembira, tenang dan bersedia dgn hati yang ikhlas untuk menuntut ilmu di jalan yang diredhai Allah SWT...