Friday, December 26, 2008

FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUGUNYA:


1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.
Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.
Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.


2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
• Demam panas mengejut
• Sakit teruk pada sendi
• Ruam pada badan
• Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.


6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.
Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.


7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.
Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.
Tiada vaksin bagi penyakit ini.


8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
• Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
• Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
• Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.



Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia

Wednesday, November 19, 2008

InsyaAllah.. boleh dapat A..

Ni wajah-wajah pelajar-pelajar yang form 5 yg akan meninggalkan SMTSM kurang dari 2 minggu lagi... sorry la cikgu tak sempat nak catch gambar korang banyak-banyak... sibuk sgt cikgu memikirkan persediaan kamu semua untuk SPM.. nasib baik jumpa kat blog STESMA FOREVER..thanks again miss Cheah..


Semua guru dah bertungkus lumus menyiapkan pelajar masing-masing.. tak tau la camne korang jawab.. bunyi macam senang je soalan tahun ni.. apapun.. masa untuk berdoa dan bertawakal...
Semoga peroleh keputusan yg membanggakan.. AMIN...






Terima Kasih Daun Keladi..



Rasanya belum terlambat nak ucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada saudara SYAMSUL RIZAL, guru ganti bagi matapelajaran Applied Science form 4.. sementara menunggu posting, beliau yg juga anak CC sempat membantu guru-guru di SMTSM.. specially panitia Sains...

sepanjang menjalankan tugasnya, beliau seorang yg sangat berdedikasi, rajin, amanah dan bertanggungjawab.. setiap tugas yg diberi pasti dilaksanakan dgn jayanya.

Jasa beliau akan dikenang buat selamanya. Semoga success selalu dlm apa jua yg bakal dilakukan... ada pantun ni..

kalau tuan pergi ke kelas,

jangan lupa bawa beg tangan,

jasa tuan tak mampu dibalas,

semoga berjaya dalam perjuangan...

selamat mendidik anak bangsa, walau di mana kamu dicampakkan...

gambar ikhsan dr blog STESMA FOREVER.. thanks Miss Cheah..

Monday, November 10, 2008

LAST WORD... GOOD LUCK...


Pixel Code Graphics

Dah habis kata-kata dari cikgu..

kepada semua anak didik yang amat dikasihi..

semoga kalian tenang membaca soalan..

semoga kalian peroleh hidayah dalam menulis jawapan...

semoga kejayaan milik kalian...

semoga kalian tak lupa jasa guru yg mendidik kalian...

semoga berjaya dunia & akhirat...

Sunday, November 9, 2008

PEMBANTU MAKMAL BARU...

Pn Latifah adalah pembantu makmal yg telah lama ditunggu-tunggu... rajin betul dia.. sebelum ini bertugas di SMK cangkat Beruas...Semoga dapat bertugas dengan cemerlang dan rajin membantu cikgu-cikgu Sains... Selamat datang ke SMTSM...

AKSI PARA PELAJAR FORM 4 MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN..

Bertungkus lumus menjawab soalan yg diberikan..
wajah-wajah yang bakal mengecapi kejayaan...


ambil kesempatan rehatkan badan...letih jual durian kat pasar malam..


dah tak boleh diselamatkan...



senang sangat soalan tu....byk masa boleh tidur...




Thursday, October 16, 2008

NEW LAB. ASSISTANT:

Dah hampir 2 minggu makmal Sains dapat Pembantu makmal.. Alhamdulillah.. setelah sekian lama tiada penjaga, kini makmak Sains sudah terurus.. nanti saya masukkan gambar Kak Latifah.. Anyway Welcome.. to STESMA..

Tuesday, September 16, 2008

What is Air Pollution?



Air is the ocean we breathe. Air supplies us with oxygen which is essential for our bodies to live. Air is 99.9% nitrogen, oxygen, water vapor and inert gases.

Human activities can release substances into the air, some of which can cause problems for humans, plants, and animals.
There are several main types of pollution and well-known effects of pollution which are commonly discussed. These include smog, acid rain, the greenhouse effect, and "holes" in the ozone layer. Each of these problems has serious implications for our health and well-being as well as for the whole environment.
One type of air pollution is the release of particles into the air from burning fuel for energy. Diesel smoke is a good example of this particulate matter . The particles are very small pieces of matter measuring about 2.5 microns or about .0001 inches. This type of pollution is sometimes referred to as 'black carbon" pullution. The exhaust from burning fuels in automobiles, homes, and industries is a major source of pollution in the air. Some authorities believe that even the burning of wood and charcoal in fireplaces and barbeques can release significant quanitites of soot into the air.
Another type of pollution is the release of noxious gases, such as sulfur dioxide, carbon monoxide, nitrogen oxides, and chemical vapors. These can take part in further chemical reactions once they are in the atmosphere, forming smog and acid rain.
Pollution also needs to be considered inside our homes, offices, and schools. Some of these pollutants can be created by indoor activities such as smoking and cooking. In the United States, we spend about 80-90% of our time inside buildings, and so our exposure to harmful indoor pollutants can be serious. It is therefore important to consider both indoor and outdoor air pollution.

Monday, September 15, 2008

Learning About Greenhouse


Have you ever seen a greenhouse? Most greenhouses look like a small glass house. Greenhouses are used to grow plants, especially in the winter. Greenhouses work by trapping heat from the sun. The glass panels of the greenhouse let in light but keep heat from escaping. This causes the greenhouse to heat up, much like the inside of a car parked in sunlight, and keeps the plants warm enough to live in the winter.The Earth’s atmosphere is all around us. It is the air that we breathe. Greenhouse gases in the atmosphere behave much like the glass panes in a greenhouse. Sunlight enters the Earth's atmosphere, passing through the blanket of greenhouse gases. As it reaches the Earth's surface, land, water, and biosphere absorb the sunlight’s energy. Once absorbed, this energy is sent back into the atmosphere. Some of the energy passes back into space, but much of it remains trapped in the atmosphere by the greenhouse gases, causing our world to heat up.

Friday, September 12, 2008

Pembekal Oksigen..


Mungkin masih ada pelajar yang masih kekurangan oksigen dalam badan. Sebab tu ada lak yang terlelap waktu jawab exam. So, sekolah kena byk tanam pokok lagi la... macam kat atas ni. kat kelas pun kena tanam pokok-pokok hijau.. Hijaukan Bumi Anda.

Sempat lagi..



Dalam orang lain dok pulun jawab soalan ada juga yang sempat melelapkan mata.. maklumla time dah pukul 12.30 thg hari.. Bulan puasa lak tu.. Harap-harap lulus la ye subjek Agama Islam tu..

Dah Penghujung Trial SPM Examination

Semua pelajar dah kelihatan gembira sangat.. mungkin sebab soalan yg study masuk exam kot.. tak pun soalan-soalan trial ni senang... Alhamdulillah. kita tengok la result nanti.. Semua cikgu dah kembali sibuk.. nak kena tanda dan post-mortem balik nape ada yg masih tak tau jawab.. Kalau diikutkan untuk subjek sains, persediaan yg diberikan guru dah all-out.. tapi pelajar tak tau lak. kita tunggu dan lihat result diorang...k.

Monday, September 8, 2008

TRIAL SPM EXAMINATION



Para pelajar tingkatan 5 dah mula menjawab Peperiksaan Percubaan SPM. Bermula dengan kertas Bahasa Melayu hari ni... tekun dan penuh bersemangat nampaknya walaupun tengah berpuasa. Syabas! Harap-harap akan terus bersemangat hingga habis exam...

Thursday, September 4, 2008

Wednesday, September 3, 2008

Human Digestive System...



Our digestive process starting in our mouth, down to our stomach through aesophagus. Pass the duodenum to the small intestine, large intestine and end up to the rectum and anus.
By fasting, our digestive tract have a rest after a long period of hard work...

Tuesday, September 2, 2008

Puasa dari Perspektif Sains..

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.

Rujukan:
http://hikmatun.wordpress.com

Thursday, August 28, 2008

PERDANA MENTERI MALAYSIA....

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau digelar Bapa Kemerdekaan kerana berjaya berunding dengan pihak British bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.


Tunku Abdul Razak b Hussein. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Digelar sebagai Bapa Perpaduan kerana cara pentadbirannya yang memberi kesenangan kepada semua kaum.


Tun Hussein Onn.Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Digelar Bapa Pembangunan kerana mula merancang pembangunan untuk Malaysia.



Tun Mahathir Mohamad. Beliau merupakan Perdana Menteri keempat Malaysia. Digelar sebagai Bapa Pemodenan kerana mempunyai pelbagai perancangan dalam membangunkan dan memodenkan Malaysia.




Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia kelima. Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.












LIRIK LAGU:PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
c/oBersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Kemerdekaan Malaysia ke 51


After independence in 1957, Kuala Lumpur was the capital of the Federation of Malaya and continued to be the capital of the renamed Federation of Malaysia in 1963. For the occasion of independence, A large stadium, Stadium Merdeka (Independence Stadium), was built, where Malaysia's first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, declared Malaya's independence in front of a massive crowd. The Union Jack was lowered from the flagpole at the Padang (now known as Dataran Merdeka; Independence Square) and the Malayan flag was raised. The Padang symbolized British sovereignty as it was a cricket ground for the colonial administrators and fronted the Royal Selangor Club, Malaya's most exclusive Whites-Only club. In 1974 Kuala Lumpur seceded from Selangor and the city became a Federal Territory (Wilayah Persekutuan).

Reference:

Monday, August 25, 2008

Program ELIT 2008

Program ELIT untuk pelajar-pelajar yang berpotensi mendapat skor sempurna A. Bagi matapelajaran Sains kelas ELIT diadakan pada hari Sabtu,23 Ogos 2008. Tahniah kepada pelajar yang terlibat. Good Luck...

Saturday, August 23, 2008

Cuti Pertengahan Penggal 2

Cuti pertengahan penggal 2 sedang dinikmati oleh semua pelajar sehingga esok, 24 Ogos 2008. Harap-harap semua pelajar mengambil kesempatan untuk mengulangkaji pelajaran memandangkan Peperiksaan Percubaab SPM 2 minggu lagi dan SPM seebenar 'just around the corner'... Jaga keselamatan dan kesihatan diri.. jangan lupa minta restu ibu dan bapa...

Teknik Menjawab Sains SPM 2008

Teknik menjawab kertas peperiksaan Sains SPM telah diadakan pada 14 Ogos 2008 bertempat di Dewan SMTSM. Program ini dibawah perancangan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMTSM bersama-sama Panitia Sains SMTSM. Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan penceramah dari luar pihak panitia telah mengambil keputusan menggunakan khidmat guru matapelajaran untuk memberikan bimbingan. Memandangkan 2 orang guru Sains menghadiri kursus termasuklah ketua panitia, Pn hjh Salmah dan Pn Marini, En Wan Yusaini, guru yang sangat berpengalaman pula sibuk dengan urusan pelajar, maka terpaksalah saya sendiri memberi bimbingan cara menjawab kertas 2. Bimbingan difokuskan kepada soalan no. 11(b) dan 12 (b), Penyelesaian Masalah. Semoga pelajar telah mendapat sedikit maklumat daripada program ini. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Mohon maaf atas kelemahan yang ada sepanjang program berlangsung.

Tuesday, August 12, 2008

Majlis Graduasi 2008


Pelajar-pelajar harapan sekolah...

Pelajar-pelajar 5 EK2...

Majlis Graduasi 2008

Wajah-wajah ayu pelajar perempuan Tingkatan 5 SMTSM...
Adikku muda remaja... Awasi bila melangkah.... Wajah manis bak gula... Tentu ramai yang tergoda....
Adik kan ambil periksa... Jangan biarkan masa anda berlalu....
Jangan lupa study.... Ingat pengorbanan ibu dan bapa... juga guru-guru...
Pemuda harapan Bangsa, Pemudi tiang negara....


Monday, August 11, 2008

Raptai Majlis Graduasi







Raptai Majlis Graduasi Tingkatan 5 2008... Diadakan pada hari Rabu dan Khamis lepas... 6 dan 7 Ogos.. Para pelajar telah memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih diucapkan.. Semoga majlis ini memberi semangat baru kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMTSM dalam menyiapkan diri menghadapi peperiksaan yang mendatang...

Friday, August 8, 2008

Kelas Tambahan 5 EN1





Kelas Tambahan bagi kelas 5 EN1 telah diadakan pada Selasa, 5 ogos 2008. 4 orang pelajar tak hadir. Vinod, Zainal, Syazwani dan Fatin.. Entahle kenapa tak hadir. Fatin je ada alasan. Semoga pelajar ini ada sebab yang penting selain dari kelas tambahan ini. Kalau tak susah cikgu nak tolong... Yang lain tahniah.. Thanks for coming... I always pray for your success...

100% lulus Sains SPM

Hebat juga la Panitia Sains SMTSM ni..(kalau tak puji sendiri sape nak puji..). 9 tahun dapat 100% lulus. 7 tahun berturut-turut bermula 2001. Semua berkat usaha gigih guru dan semua pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia.. harap-harap tahun ini keputusan 100% dapat dikekalkan dan kuantiti yang cemerlang bertambah. Risau juga Pn Rosmawati dah takde kat sini.. Tapi masih ada En Wan Yusaini, guru yang banyak pengalaman. Semoga Panitia Sains SMTSM akan terus success...