Friday, August 6, 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN PANITIA SAINS 2010: TEKNIK MENJAWAB.

Program Teknik Menjawab ialah program kecemerlangan yang dilaksanakan oleh Panitia Sains saban tahun. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tingkatan 5 berkaitan teknik-teknik yang betul dalam menjawab kertas soalan SPM.

Pada tahun ini Program Teknik Menjawab ini telah dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu:

1. Teknik Menjawab Sains SPM bagi kursus Pengaturcaraan Komputer ( 6 Julai 2010).
2. Teknik Menjawab Sains SPM bagi kursus Kemahiran-SKM (17 Julai 2010).
3. Teknik Menjawab Applied Science bagi kursus Vokasional Elektrik & Elektronik ( 5 Ogos 2010).

Tahniah kepada semua pelajar yang dapat menghadirkan diri sepanjang program ini dilaksanakan.
Jutaan terima kasih kepada semua guru Sains dan Applied Science yang terlibat dalam menjayakan program ini. Jasa kalian, hanya ALLAh yang mampu membalasnya.

Semoga usaha murni ini akan diberkati Allh SWT, dan diberikan kejayaan mengekalkan keputusan 100% lulus Sains untuk tahun yang ke-10, manakala 100% lulus Applied Science untuk tahun yg ke-2. Juga dapat menghasilkan satu kumpulan pelajar yang menjapat A untuk subjek Sains & Applied Science yang teramai.