Wednesday, August 10, 2011

BONUS BERGANDA....


10 Ramadhan... Semoga Ramadhan ditempuh dengan penuh rasa kehambaan...
Jangan lupa persediaan untuk Peperiksaan Percubaan SPM yang bakal menjelang selepas Aidilfitri....

Sunday, July 17, 2011

COMING STANDARD TEST 2...

Selamat berjuang semua anak didik VOKASMA... minggu depan akan bermula Ujian Setara 2...
  • Bagi pelajar yg mengambil SCIENCE tingkatan 4, sila study CHAPTER 2 (BODY COORDINATION), CHAPTER 3 (HEREDITY & VARIATION) dan CHAPTER 4 (4.1 je..)..
  • Bagi pelajar yg mengambil APPLIED SCIENCE tingkatan 5, sila study MODULE NUTRITION dan MODULE CONTINUITY OF LIFE..
Semoga anda semua akan bersedia dalam menghadapi ujian ini dan dapat semua soalan yang bakal ditanya... Semoga dipermudahkan... Sebarang masalah boleh cari cikgu ye...

Saturday, February 19, 2011

PERJUMPAAN PERSATUAN SAINS MATEMATIK KALI KE 2/2011

Rabu: 16 Februari 2011...

Aktiviti yang dijalankan bersempena minggu Kreativiti Sains 2011.... aktiviti menanam pokok ....

setiap pelajar dipertanggungjawabkan untuk menjaga satu pasu.....

aktiviti ini menyedarkan pelajar betapa pentingnya tumbuhan kepada manusia.....

Pelajar turut berpeluang belajar teknik menanam yang betul....

Terima kasih kepada Pn hjh Salmah dan Pn Latifah yang menjayakan program ini....

Wednesday, February 16, 2011

BENGKEL PEDAGOGI APPLIED SCIENCE 2011

Mata pelajaran Applied Science adalah mata pelajaran yang ditawarkan kepada semua pelajar MPAV bermula pada peperiksaan SPM 2009. Sehubungan dengan itu adalah wajar bagi Panitia Sains mengadakan satu bengkel pedagogi yang bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan perancangan dan pengurusan eksperimen serta memberi peluang kepada semua guru berkongsi idea ke arah menghasilkan aktiviti P&P yang berkesan.

OBJEKTIF :

1. Memberi pendedahan kepada semua guru berkaitan eksperimen dalam sukatan bagi mata pelajaran Applied Science tingkatan 4 dan 5.
2. Membimbing guru dalam merancang eksperimen bagi setiap modul.
3. Membimbing guru dalam menjalankan setiap eksperimen bagi mencapai objektifnya.
4. Memberi pendedahan kepada pembantu makmal berkaitan eksperimen yang perlu mereka sediakan sebagai pelengkap kepada P&P guru yang berkesan.


STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Program ini akan dibahagikan kepada 2 sesi, Bengkel Pedadogi 1 dan Bengkel Pedagogi 2 iaitu 3 jam bagi setiap sesi. Jumlah keseluruhan masa program ini ialah 6 jam.

2. Bengkel Pedagogi 1 akan membincangkan perancangan bagi menyediakan radas dan bahan bagi setiap eksperimen (3 jam).

3. Bengkel Pedagogi 2 akan memberi ruang guru melaksanakan eksperimen secara berkumpulan (3 jam).

4. Bengkel-bengkel tersebut akan diadakan seperti jadual yang berikut:

sesi 1: 16 februari (12 pm- 3 pm)
sesi 2: 23 februari (12 pm- 3 pm)

MINGGU KREATIVITI SAINS 2011

Makmal Sains adalah tempat di mana sebahagian besar masa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains & applied Science diadakan bagi tujuan menjalankan eksperimen mahupun aktiviti P&P rutin. Adalah menjadi tanggungjawab guru, pembantu makmal serta semua pelajar dalam memastikan kebersihan dan keceriaan makmal berada di tahap yang paling memuaskan.

Sehubungan dengan itu, Panitia Sains dengan kerjasama Persatuan Sains dan Matematik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMVSM, akan menganjurkan Minggu Kreativiti Sains yang bakal berlangsung pada minggu hadapan iaitu pada 14 Februari hingga 18 Februari 2011.

Program ini adalah bertujuan:

1. Memberi ruang kepada semua pelajar untuk menunjukkan kretiviti mereka dalam menghasilkan poster, folio, buku skrap serta bahan bantu mengajar khususnya berkaitan mata pelajaran Sains dan Applied Science.

2. Selain itu ia bertujuan bagi melatih sikap bekerjasama dalam ahli kelas bagi menjayakan tugasan yang diberikan guru.

3. Program ini juga akan menghasilkan persekitaran makmal Sains yang cantik, kemas dan berinformasi yang mampu membentuk ekosistem yang kondusif bagi melancarkan aktiviti P&P.


Pertandingan –pertandingan yang akan diadakan ialah:

1. Melukis poster

2. Menghasilkan folio

3. Menghasilkan Buku skrap

4. Merekacipta Bahan Bantu Belajar

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar SMVSM tingkatan 4 dan 5.

2. Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

· TINGKATAN 4 (PK dan MPAV)

· TINGKATAN 5 (PK dan MPAV)

· KEMAHIRAN (Tingkatan 4 dan 5)

3. Pertandingan ini akan berlangsung pada 14 Februari hingga 18 Februari 2011.

4. Setiap kelas wajib menghantar satu penyertaan bagi setiap

pertandingan.

5. Semua hasil kerja murid perlu dihantar ke makmal sains

selewat-lewatnya pada 21 Februari 2011 dan akan dihakimi pada 22 Februari 2011 dan banyak hadiah menarik yang disediakan untuk setiap pemenang.

5. Semua hasil kerja murid akan dipamerkan dalam makmal Sains

sempena Minggu Sains dan Matematik.


Monday, October 18, 2010

35 hari menjelang SPM....


7 tips menjelang peperiksaan .....

  1. Bayangkan imej kejayaan..... sentiasa bayangkan apabila keputusan SPM 2010 diumumkan, keputusan yg tercatat di slip keputusan anda ialah 8A. Bukan sesuatu yg mustahil, tapi itulah permulaan ke arah menjadikan ianya realiti. Gunakan kuasa minda anda. You're what you think you're....
  2. Bersahabat dgn org yg berfikiran positif..... apabila anda mampu berfikiran positif untuk mencapai 8A anda memerlukan persekitaran yg positif, jika tidak anda tidak mampu mempertahankan fikiran positif anda itu... Jangan biarkan sikap-sikap negatif mengambil alih fikiran anda!!!
  3. Jauhi sahabat yg berfikiran negatif.... sahabat yg mempunyai sikap-sikap seperti malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak pentingkan pelajaran wajib dijauihi... Jangan salah faham, jauh bukan bermaksud putus sahabat!!!
  4. Fokus semasa belajar... berikan tumpuan sepenuhnya pada apa yg diulangkaji atau latihan yg dibuat... Kuasai topik kecil, kemudian yg besar... jgn tergopoh gapah dalam memahami suatu tajuk atau konsep, itu akan menyebabkan anda stress...
  5. Lakonkan watak kejayaan... sentiasa rakamkan dalam minda anda bahawa anda adalah seorang pelajar pintar yg akan mendapat 8A dalam peperiksaan SPM 2010... jadi segala perlakuan anda akan terdorong mengikut cara pelajar pintar duduk, makan, berjalan dan sebagainya... baru ada jiwa cemerlang...
  6. Kurangkan tekanan perasaan.... ramai remaja yg mengalami tekana perasaan tetapi tidak menyedarinya... tanda2 awal ialah konflik dengan ibu bapa, guru, rakan dan jiwanya kacau.... senaraikan semua perkara yang membelenggu minda anda... jumpalah orang yg anda percayai dan mampu membimbing anda... sentiasa ingatkan diri bahawa setiap ujian dan dugaan akan menjadikan anda lebih matang dan lebih hebat!!!
  7. Berdoa... sebagai seorang beragama, kita ada senjata yg sangat hebat yang perlu dugakan sepenuhnya... dengan berdoa, kita memohon kejayaan itu dari yg Maha Pemberi... Ikhlaskan hati dalam berdoa, dengan penuh mengharap agar kejayaan 8A itu adalah milik kita... InsyaAllah... Berusaha dan Bertawakallah kepada ALLAH SWT....

Monday, October 4, 2010

KERTAS SOALAN APPLIED SCIENE SPM 2010.

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENUKAR SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN APPLIED SCIENCE SPM, BOLEHLAH MENINGGALKAN NAMA DAN ALAMAT DI BAHAGIAN KOMEN ATAU CHAT BOX UNTUK SAYA HUBUNGI...

SOALAN YG KAMI ADA IALAH SOALAN PERCUBAAN ZON UTARA...

KERJASAMA ANDA, KHUSUSNYA GURU-GURU APPLIED SCIENCE AMATLAH DIHARGAI...