Wednesday, February 16, 2011

MINGGU KREATIVITI SAINS 2011

Makmal Sains adalah tempat di mana sebahagian besar masa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains & applied Science diadakan bagi tujuan menjalankan eksperimen mahupun aktiviti P&P rutin. Adalah menjadi tanggungjawab guru, pembantu makmal serta semua pelajar dalam memastikan kebersihan dan keceriaan makmal berada di tahap yang paling memuaskan.

Sehubungan dengan itu, Panitia Sains dengan kerjasama Persatuan Sains dan Matematik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMVSM, akan menganjurkan Minggu Kreativiti Sains yang bakal berlangsung pada minggu hadapan iaitu pada 14 Februari hingga 18 Februari 2011.

Program ini adalah bertujuan:

1. Memberi ruang kepada semua pelajar untuk menunjukkan kretiviti mereka dalam menghasilkan poster, folio, buku skrap serta bahan bantu mengajar khususnya berkaitan mata pelajaran Sains dan Applied Science.

2. Selain itu ia bertujuan bagi melatih sikap bekerjasama dalam ahli kelas bagi menjayakan tugasan yang diberikan guru.

3. Program ini juga akan menghasilkan persekitaran makmal Sains yang cantik, kemas dan berinformasi yang mampu membentuk ekosistem yang kondusif bagi melancarkan aktiviti P&P.


Pertandingan –pertandingan yang akan diadakan ialah:

1. Melukis poster

2. Menghasilkan folio

3. Menghasilkan Buku skrap

4. Merekacipta Bahan Bantu Belajar

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar SMVSM tingkatan 4 dan 5.

2. Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

· TINGKATAN 4 (PK dan MPAV)

· TINGKATAN 5 (PK dan MPAV)

· KEMAHIRAN (Tingkatan 4 dan 5)

3. Pertandingan ini akan berlangsung pada 14 Februari hingga 18 Februari 2011.

4. Setiap kelas wajib menghantar satu penyertaan bagi setiap

pertandingan.

5. Semua hasil kerja murid perlu dihantar ke makmal sains

selewat-lewatnya pada 21 Februari 2011 dan akan dihakimi pada 22 Februari 2011 dan banyak hadiah menarik yang disediakan untuk setiap pemenang.

5. Semua hasil kerja murid akan dipamerkan dalam makmal Sains

sempena Minggu Sains dan Matematik.


No comments: